SUBAHANALLAH, KEBAIKAN
BERKUDA, MEMANAH DAN BERENANG
Rasulullah
SAW menganjurkan agar ibu bapa melatih anak-anak supaya mahir dalam tiga
perkara iaitu memanah, menunggang kuda dan berenang. Pernahkah terfikir
mengapakah Rasulullah mengajarkan hal yang sedemikian?
Sebagaimana
sabda Nabi :
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian
berkuda, berenang dan memanah”
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Kuda
Tak Sama Dengan Motosikal
Bentuk
lekuk pada badan dan belakang kuda (tempat manusia duduk), adalah baik
untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam
keadaan harmoni serta meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah
diurut.
Sedangkan
pakar chiropraktik pun
tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang
menunggang kuda. Menakjubkan bukan?
Aktiviti
berkuda baik untuk tubuh manusia
Seluruh
anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral termasuklah sistem
penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ
perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang
secara optimum untuk menjadi semakin sihat.
Penunggang
kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau
’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu,
menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf
kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
“Kuda
itu ada tiga jenis : Kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun
kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah.
Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja
mempunyai beberapa kebaikan.
Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi
atau untuk dibuat pertaruhan,
dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh
manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi
keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )
Kemahiran Berenang
Anak-anak
elok dilatih berenang sejak kecil lagi. Bagi aktiviti berenang pula, banyak
faedah yang boleh didapati antaranya semasa berenang, mental, fizikal, segala
otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi
antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain
meransang stamina (sistem kardiovaskular ).
Sebab
itu juga berenang dikatakan sukan yang paling sempurna dan menyihatkan.
Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk
menguasai air serta menjadi berani.
Justeru,
kolam, sungai atau laut seharusnya menjadi lokasi paling baik untuk
mengajar anak-anak kecil berenang. Bagaimanapun, sekiranya anak anda
tidak gemar mendekati air atas alasan takut, ibu bapa boleh menggunakan
pelbagai pendekatan untuk mengajar mereka berenang.
Dalam
pada itu, terdapat ibu bapa sememangnya mengajar anak-anak mereka dalam
kemahiran berenang ini. Antara yagn diketahui ialah angkasawan negara
Dr Sheik Muszafar yang melatih bersungguh-sungguh puteri sulungnya
berenang sejak dari berusia kurang setahun. Kini anak kecilnya itu tidak
takut air dan mampu berenang biarpun masih di bawah pengawasan bapanya.
Dengan
kemahiran berenang, selain dapat mempertingkatkan kecerdasan dan yakin terhadap
kebolehan diri sendiri, renang turut meluaskan pergaulan kanak-kanak.
Berdasarkan pandangan psikologi perkembangan kanak-kanak, kegiatan renang dapat
membantu perkembangan fizikal dan motor si kecil.
Kemahiran
Memanah
Seterusnya,
bagi kemahiran memanah pula dikatakan dapat membantu melatih emosi untuk
meletakkan sasaran pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, andai emosi kita
terganggu sudah pastinya fokus kita akan mudah tersasar.
Secara
tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal
emosi dengan baik. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar
bukanlah seorang pemanah yang baik. Jadi, jom belajar memanah bagi sesiapa yang
mempunyai sifat-sifat sedemikian.
Selain
itu, aktiviti memanah ini sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan.
Sebagai contoh, perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian
melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal.
Sukan
ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab
dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi.
Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana
memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani
dengan sanad yang baik).
Apa
yang Nabi Muhammad anjurkan kepada umatnya pasti ada hikmah di sebaliknya cuma
kita sahaja yang tidak mengerti kerana tidak mengkaji dengan mendalam.
Kalau ada kelapangan, marilah kita mempersiapkan diri dengan beberapa kemahiran
ini kerana manalah tahu pada masa akan datang, kita memerlukan kemahiran
seperti ini.
No comments:
Post a Comment